📖 Hafazan • SRA JAIS Tahun 4
Surah at-Tariq
مغحفظ سورة الطارق
Nota ringkas dan contoh soalan berjawapan
📖 Nota Ringkas
Surah at-Tariq dimulakan dengan sumpah Allah SWT demi langit dan at-Tariq. Surah ini mengingatkan bahawa setiap diri dijaga oleh malaikat dan al-Quran ialah kata pemutus.
سورة الطارق دمولاکن دڠن سومڤه الله تعالى دمي لاڠيت دان الطارق. سورة اين مڠيڠتکن بهاوا ستياڤ ديري دجاݢ اوليه ملائکة دان القرءان اياله کات ڤموتوس.
- 1
Nama dan bilangan ayat
At-Tariq ialah bintang yang muncul pada waktu malam dan sinarnya terang menembusi kegelapan. Surah at-Tariq mempunyai 17 ayat.
نام دان بيلڠن ايات: الطارق اياله بينتڠ يڠ مونچول ڤد وقتو مالم دان سينرڽ ترڠ منمبوسي کݢلڤن. سورة الطارق ممڤوڽاٴي ١٧ ايات.
- 2
Malaikat penjaga
Setiap diri mempunyai malaikat yang menjaganya dan mencatat segala amalannya. Oleh itu, kita mesti sentiasa berbuat baik.
ملائکة ڤنجاݢ: ستياڤ ديري ممڤوڽاٴي ملائکة يڠ منجاݢڽ دان منچاتت سݢالا عملنڽ. اوليه ايت، کيت مستي سنتياس بربوات باٴيق.
- 3
Allah berkuasa
Manusia disuruh memikirkan daripada apa dia diciptakan, iaitu daripada air. Allah SWT berkuasa menghidupkan manusia semula selepas mati.
الله برکواس: منوسيا دسوروه ممفيکيرکن درڤد اڤ دي دچيڤتاکن، ايايت درڤد اٴير. الله تعالى برکواس مڠهيدوڤکن منوسيا سمولا سلڤس ماتي.
- 4
Hari kiamat
Pada hari kiamat, segala rahsia dalam hati seperti niat dan iktikad akan didedahkan. Pada hari itu, manusia tidak mempunyai kekuatan dan tiada penolong.
هاري قيامة: ڤد هاري قيامة، سݢالا رهسيا دالم هاتي سڤرتي نية دان اعتقاد اکن دددهکن. ڤد هاري ايت، منوسيا تيدق ممڤوڽاٴي ککواتن دان تياد ڤنولوڠ.
- 5
Al-Quran kata pemutus
Allah SWT bersumpah demi langit yang berulang-ulang menurunkan hujan dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Al-Quran ialah kata pemutus yang benar, bukan gurauan.
القرءان کات ڤموتوس: الله تعالى برسومڤه دمي لاڠيت يڠ براولڠ-اولڠ منورونکن هوجن دان بومي يڠ مرکه مڠلوارکن تومبوه-تومبوهن. القرءان اياله کات ڤموتوس يڠ بنر، بوکن ݢوراوان.
- 6
Amalkan
Jadikan al-Quran panduan menuju jalan yang lurus. Berdoalah memohon petunjuk, takwa, kesucian diri dan rasa cukup.
عملکن: جاديکن القرءان ڤندوان منوجو جالن يڠ لوروس. بردعاءله مموهون ڤتونجوق، تقوى، کسوچين ديري دان راسا چوکوڤ.
Ingat! Dalam mushaf, surah at-Tariq terletak selepas surah al-Buruj dan sebelum surah al-A'la. Baca dengan tartil kepada guru supaya bacaanmu dapat dibetulkan.
ايڠت! دالم مصحف، سورة الطارق ترلتق سلڤس سورة البروج دان سبلوم سورة الأعلى. باچ دڠن ترتيل کڤد ݢورو سوڤايا باچاٴنمو داڤت دبتولکن.
🎧 Bacaan Surah
17 ayat • Syeikh al-Husary (bacaan mengajar)
الطارق
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِ﴿١﴾
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ﴿٢﴾
ٱلنَّجْمُ ٱلثَّاقِبُ﴿٣﴾
إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ﴿٤﴾
فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَـٰنُ مِمَّ خُلِقَ﴿٥﴾
خُلِقَ مِن مَّآءٍ دَافِقٍ﴿٦﴾
يَخْرُجُ مِنۢ بَيْنِ ٱلصُّلْبِ وَٱلتَّرَآئِبِ﴿٧﴾
إِنَّهُۥ عَلَىٰ رَجْعِهِۦ لَقَادِرٌ﴿٨﴾
يَوْمَ تُبْلَى ٱلسَّرَآئِرُ﴿٩﴾
فَمَا لَهُۥ مِن قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ﴿١٠﴾
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ﴿١١﴾
وَٱلْأَرْضِ ذَاتِ ٱلصَّدْعِ﴿١٢﴾
إِنَّهُۥ لَقَوْلٌ فَصْلٌ﴿١٣﴾
وَمَا هُوَ بِٱلْهَزْلِ﴿١٤﴾
إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا﴿١٥﴾
وَأَكِيدُ كَيْدًا﴿١٦﴾
فَمَهِّلِ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًۢا﴿١٧﴾
Sudah hafal surah ini?
Minta ibu bapa atau guru dengar bacaan kamu dari awal hingga akhir tanpa melihat (tasmik), kemudian tanda di sini.
Teks al-Quran: Rasm Uthmani (Mushaf Madinah) melalui api.quran.com. Audio: Syeikh Mahmoud Khalil al-Husary (Muallim) melalui QuranicAudio/EveryAyah.
✏️ Contoh Soalan
Soalan 1
دالم سورة الطارق، الله تعالى منرڠکن اڤاکه الطارق. الطارق اياله ...
Dalam surah at-Tariq, Allah SWT menerangkan apakah at-Tariq. At-Tariq ialah ...
- A.bintang yang sinarnya terang menembusi kegelapanبينتڠ يڠ سينرڽ ترڠ منمبوسي کݢلڤن
- B.bulan yang mengambang penuhبولن يڠ مڠمبڠ ڤنوه
- C.awan yang membawa hujanاون يڠ ممباوا هوجن
- D.matahari yang terbit pada waktu pagiماتاهاري يڠ تربيت ڤد وقتو ڤاݢي
Lihat jawapan
Jawapan: bintang yang sinarnya terang menembusi kegelapanبينتڠ يڠ سينرڽ ترڠ منمبوسي کݢلڤن
At-Tariq ialah bintang yang muncul pada waktu malam. Sinarnya terang menembusi kegelapan.
الطارق اياله بينتڠ يڠ مونچول ڤد وقتو مالم. سينرڽ ترڠ منمبوسي کݢلڤن.
Soalan 2