🤝 Asas Akhlak Islami • SRA JAIS Tahun 4
Bertanggungjawab
برتڠݢوڠجواب
Nota ringkas dan contoh soalan berjawapan
📖 Nota Ringkas
Bertanggungjawab ialah sanggup memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang telah ditetapkan, selagi tidak bercanggah dengan syarak.
برتڠݢوڠجواب اياله سڠݢوڤ مميکول دان ملقساناکن توݢس سرتا کواجيڤن يڠ تله دتتڤکن، سلاݢي تيدق برچڠݢه دڠن شرع.
- 1
Dalil bertanggungjawab
Dalam Surah al-Isra' ayat 36, Allah menerangkan bahawa pendengaran, penglihatan dan hati kita semuanya akan ditanya tentang apa yang telah dilakukan.
دليل برتڠݢوڠجواب: دالم سورة الإسراء ايات ٣٦، الله منرڠکن بهاوا ڤندڠرن، ڤڠليهتن دان هاتي کيت سمواڽ اکن دتاڽ تنتڠ اڤ يڠ تله دلاکوکن.
- 2
Kepada diri dan kepada Allah
Tanggungjawab kepada diri sendiri ialah menunaikan perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya dan tidak mensyirikkan Allah. Tanggungjawab kepada Allah ialah menjaga diri daripada perkara yang tidak diredai Allah, mempertahankan iman dan melaksanakan rukun Islam dengan sempurna.
کڤد ديري دان کڤد الله: تڠݢوڠجواب کڤد ديري سنديري اياله منونايکن ڤرينته الله، منيڠݢلکن لارڠنڽ دان تيدق منشيريککن الله. تڠݢوڠجواب کڤد الله اياله منجاݢ ديري درڤد ڤرکارا يڠ تيدق دريضاٴي الله، ممڤرتاهنکن ايمان دان ملقساناکن روکون اسلام دڠن سمڤورنا.
- 3
Kepada ibu bapa dan guru
Kepada ibu bapa, kita mendoakan kesejahteraan mereka, bercakap dengan lemah lembut, taat dan berbakti. Kepada guru, kita memberi tumpuan ketika guru mengajar, mematuhi ajaran guru, menghormati guru dan mendoakan kesejahteraannya.
کڤد ايبو باڤ دان ݢورو: کڤد ايبو باڤ، کيت مندعاکن کسجهتراٴن مريک، برچاکڤ دڠن لمه لمبوت، طاعة دان بربقتي. کڤد ݢورو، کيت ممبري تومڤوان کتيک ݢورو مڠاجر، مماتوهي اجرن ݢورو، مڠحرمتي ݢورو دان مندعاکن کسجهتراٴنڽ.
- 4
Kepada negara dan masyarakat
Kepada negara, kita setia, menjaga harta benda awam serta menjaga keselamatan dan keamanan negara. Kepada masyarakat, kita menyertai aktiviti khidmat masyarakat, saling menasihati, berbuat baik kepada jiran dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
کڤد نݢارا دان مشارکت: کڤد نݢارا، کيت ستيا، منجاݢ هرتا بندا عوام سرتا منجاݢ کسلامتن دان کامانن نݢارا. کڤد مشارکت، کيت مڽرتاٴي اکتيۏيتي خدمت مشارکت، ساليڠ منصيحتي، بربوات باٴيق کڤد جيرن دان منجاݢ کروکونن هيدوڤ برجيرن.
- 5
Kelebihan bertanggungjawab
1) Dikasihi Allah dan Rasulullah ﷺ. 2) Disukai ibu bapa dan masyarakat. 3) Kerja menjadi sempurna. 4) Kerja yang dilakukan memberi faedah yang berpanjangan.
کلبيهن برتڠݢوڠجواب: ١) دکاسيهي الله دان رسول الله ﷺ. ٢) دسوکاٴي ايبو باڤ دان مشارکت. ٣) کرجا منجادي سمڤورنا. ٤) کرجا يڠ دلاکوکن ممبري فائده يڠ برڤنجاڠن.
- 6
Akibat tidak bertanggungjawab
1) Dimurkai Allah dan Rasulullah ﷺ. 2) Kerja yang diamanahkan tidak sempurna. 3) Hasil kerja menjadi sia-sia. 4) Kerja dan tugas tidak mendapat keberkatan.
عاقبة تيدق برتڠݢوڠجواب: ١) دمورکاٴي الله دان رسول الله ﷺ. ٢) کرجا يڠ دامانهکن تيدق سمڤورنا. ٣) حاصيل کرجا منجادي سيا٢. ٤) کرجا دان توݢس تيدق منداڤت کبرکتن.
Ingat! Bertanggungjawab membawa kejayaan di dunia dan di akhirat. Tunaikan tugasmu dengan penuh amanah.
ايڠت! برتڠݢوڠجواب ممباوا کجاياٴن د دنيا دان د اخيرة. تونايکن توݢسمو دڠن ڤنوه امانه.
📘 Nota Terperinci & Gambarajah
Buka ▾
Apakah bertanggungjawab?اڤاکه برتڠݢوڠجواب؟
Bertanggungjawab ialah sanggup memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang telah ditetapkan, selagi tidak bercanggah dengan syarak.
برتڠݢوڠجواب اياله سڠݢوڤ مميکول دان ملقساناکن توݢس سرتا کواجيڤن يڠ تله دتتڤکن، سلاݢي تيدق برچڠݢه دڠن شرع.Dalam Surah al-Isra' ayat 36, Allah menerangkan bahawa pendengaran, penglihatan dan hati kita semuanya akan ditanya tentang apa yang telah dilakukan.
دالم سورة الإسراء ايات ٣٦، الله منرڠکن بهاوا ڤندڠرن، ڤڠليهتن دان هاتي کيت سمواڽ اکن دتاڽ تنتڠ اڤ يڠ تله دلاکوکن.📊 Tiga perkara yang akan ditanya
تيݢ ڤرکارا يڠ اکن دتاڽ
- Pendengaranڤندڠرن
Gunakan telinga untuk mendengar perkara yang baik.
ݢوناکن تليڠا اونتوق مندڠر ڤرکارا يڠ باٴيق. - Penglihatanڤڠليهتن
Gunakan mata untuk melihat perkara yang baik.
ݢوناکن مات اونتوق مليهت ڤرکارا يڠ باٴيق.
✏️ Contoh Soalan
Soalan 1
اڤاکه مقصود برتڠݢوڠجواب؟
Apakah maksud bertanggungjawab?
- A.Melakukan kerja mengikut suka hati sendiriملاکوکن کرجا مڠيکوت سوک هاتي سنديري
- B.Sanggup memikul dan melaksanakan tugas yang diberikanسڠݢوڤ مميکول دان ملقسانکن توݢس يڠ دبريکن
- C.Menyerahkan semua tugas kepada orang lainمڽرهکن سموا توݢس کڤد اورڠ لاٴين
- D.Membuat kerja hanya apabila guru melihatممبوات کرجا هاڽ اڤابيلا ݢورو مليهت
Lihat jawapan
Jawapan: Sanggup memikul dan melaksanakan tugas yang diberikanسڠݢوڤ مميکول دان ملقسانکن توݢس يڠ دبريکن
Bertanggungjawab ialah sanggup memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan, selagi tidak bercanggah dengan syarak.
برتڠݢوڠجواب اياله سڠݢوڤ مميکول دان ملقسانکن توݢس سرتا کواجيڤن، سلاݢي تيدق برچڠݢه دڠن شرع.