📜 Sirah Nabawiyyah • KAFA (UPKK)
Kelahiran & Masa Kanak-Kanak Nabi SAW
کلاهيرن دان ماس کانق٢ نبي ﷺ
Nota ringkas dan contoh soalan berjawapan
📖 Nota Ringkas
Topik ini menceritakan keturunan, kelahiran dan zaman kanak-kanak Nabi Muhammad SAW hingga baginda dewasa dan digelar al-Amin.
توڤيک اين منچريتاکن کتورونن، کلاهيرن دان زمان کانق٢ نبي محمد ﷺ هيڠݢ بݢيندا دواس دان دݢلر الأمين.
- 1
Keturunan dan nasab
Baginda berketurunan Nabi Ismail AS dan berbangsa Arab Quraisy. Bapa baginda Abdullah bin Abdul Muttalib, ibu baginda Aminah binti Wahab dan datuk baginda Abdul Muttalib. Nasab sebelah bapa dan ibu bertemu pada Kilab bin Murrah.
کتورونن دان نسب: بݢيندا برکتورونن نبي اسماعيل عليه السلام دان بربڠسا عرب قريش. باڤ بݢيندا عبد الله بن عبد المطلب، ايبو بݢيندا آمنة بنت وهب دان داتوق بݢيندا عبد المطلب. نسب سبله باڤ دان ايبو برتمو ڤد کلاب بن مرة.
- 2
Lahir pada Tahun Gajah
Baginda lahir di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah (April 571 Masihi). Pada tahun itu tentera bergajah Abrahah gagal meruntuhkan Kaabah, seperti yang diceritakan dalam Surah al-Fil.
لاهير ڤد تاهون ݢاجه: بݢيندا لاهير د مکة ڤد هاري اثنين، ١٢ ربيع الاول تاهون ݢاجه (اڤريل ٥٧١ مسيحي). ڤد تاهون ايت تنترا برݢاجه ابرهة ݢاݢل مرونتوهکن کعبة، سڤرتي يڠ دچريتاکن دالم سورة الفيل.
- 3
Ibu susuan
Baginda disusukan oleh Thuwaibah al-Aslamiah, kemudian oleh Halimah as-Sa'diah hingga berumur empat tahun di perkampungan Bani Saad.
ايبو سوسوان: بݢيندا دسوسوکن اوليه ثويبة الأسلمية، کمودين اوليه حليمة السعدية هيڠݢ برعمور امڤت تاهون د ڤرکامڤوڠن بني سعد.
- 4
Yatim piatu
1) Bapa wafat semasa baginda dalam kandungan dan dikebumikan di Yathrib 2) Ibu wafat di Abwa' ketika baginda berumur 6 tahun 3) Datuk wafat ketika baginda berumur 8 tahun. Selepas itu baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
يتيم ڤياتو: ١) باڤ وفات سماس بݢيندا دالم کندوڠن دان دکبوميکن د يثرب ٢) ايبو وفات د ابواء کتيک بݢيندا برعمور ٦ تاهون ٣) داتوق وفات کتيک بݢيندا برعمور ٨ تاهون. سلڤس ايت بݢيندا دجاݢ اوليه باڤ ساوداراڽ، ابو طالب.
- 5
Bekerja dan berniaga
Baginda menggembala kambing dan berniaga ke Syam bersama Abu Talib ketika berumur 12 tahun. Ketika berumur 25 tahun, baginda membawa dagangan Khadijah ke Syam lalu berkahwin dengan Khadijah.
بکرجا دان برنياݢ: بݢيندا مڠݢمبالا کمبيڠ دان برنياݢ ک شام برسام ابو طالب کتيک برعمور ١٢ تاهون. کتيک برعمور ٢٥ تاهون، بݢيندا ممباوا داݢڠن خديجة ک شام لالو برکهوين دڠن خديجة.
- 6
Gelaran al-Amin
Penduduk Mekah menggelar baginda al-Amin kerana jujur dan amanah. Ketika berumur lebih kurang 35 tahun, baginda menyelesaikan perselisihan meletakkan Hajar al-Aswad dengan meletakkannya di atas kain yang diangkat bersama oleh semua ketua kaum.
ݢلرن الأمين: ڤندودوق مکة مڠݢلر بݢيندا الأمين کران جوجور دان امانه. کتيک برعمور لبيه کورڠ ٣٥ تاهون، بݢيندا مڽلسايکن ڤرسليسيهن ملتقکن حجر الأسود دڠن ملتقکنڽ د اتس کاٴين يڠ دأڠکت برسام اوليه سموا کتوا قوم.
Ingat! Abu Talib ialah bapa saudara baginda, bukan datuk. Datuk baginda ialah Abdul Muttalib.
ايڠت! ابو طالب اياله باڤ ساودارا بݢيندا، بوکن داتوق. داتوق بݢيندا اياله عبد المطلب.
📘 Nota Terperinci & Gambarajah
Buka ▾
Keturunan yang muliaکتورونن يڠ موليا
Nabi Muhammad SAW berketurunan Nabi Ismail AS dan berbangsa Arab Quraisy. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.
نبي محمد ﷺ برکتورونن نبي اسماعيل عليه السلام دان بربڠسا عرب قريش. نام ڤنوه بݢيندا اياله محمد بن عبد الله.Nasab sebelah bapa dan nasab sebelah ibu baginda bertemu pada seorang datuk yang sama, iaitu Kilab bin Murrah.
نسب سبله باڤ دان نسب سبله ايبو بݢيندا برتمو ڤد سأورڠ داتوق يڠ سام، ايايت کلاب بن مرة.📊 Nasab baginda bermula daripada Kilab bin Murrah
نسب بݢيندا برمولا درڤد کلاب بن مرة
- Sebelah bapaسبله باڤ
Disusun dari atas hingga bapa baginda.
دسوسون دري اتس هيڠݢ باڤ بݢيندا.- Qusaiقصي
✏️ Contoh Soalan
Soalan 1
[UPKK 2024] سياڤاکه داتوق نبي محمد ﷺ يڠ منجاݢ بݢيندا سلڤس کوفاتن بونداڽ؟
[UPKK 2024] Siapakah datuk Nabi Muhammad SAW yang menjaga baginda selepas kewafatan bondanya?
- A.Abdul Mutalibعبد المطلب
- B.Abu Talibأبو طالب
- C.Abu Lahabأبو لهب
- D.Al-Abbasالعباس
Lihat jawapan
Jawapan: Abdul Mutalibعبد المطلب
Abdul Mutalib memelihara Nabi Muhammad SAW dari usia 6 hingga 8 tahun sebelum baginda dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib.
عبد المطلب منجاݢ بݢيندا سهيڠݢ عمور ٨ تاهون.
Soalan 2
[UPKK 2024] اڤاکه ݢلرن يڠ دبريکن اوليه ڤندودوق مکه کڤد نبي محمد ﷺ کران کجوجورن بݢيندا؟