📜 Sirah Rasulullah • SRA JAIS Tahun 6
Sahabat-sahabat Khulafa' ar-Rasyidin
صحابت٢ خُلَفَاء الرَّاشِدِيْن
Nota ringkas dan contoh soalan berjawapan
📖 Nota Ringkas
Selepas Rasulullah ﷺ wafat, negara Islam dipimpin oleh empat orang sahabat yang dikenali sebagai Khulafa' ar-Rasyidin.
سلڤس رسول الله ﷺ وفات، نݢارا اسلام دڤيمڤين اوليه امڤت اورڠ صحابت يڠ دکنلي سباݢاي خلفاء الراشدين.
- 1
Sahabat dan khalifah
Sahabat ialah orang yang bertemu Nabi Muhammad ﷺ dalam keadaan beriman kepada baginda dan meninggal dunia dalam Islam. Khalifah ialah orang yang menggantikan Rasulullah ﷺ mentadbir negara Islam dan urusan agama. Khulafa' ar-Rasyidin mengikut urutan ialah 1) Abu Bakar as-Siddiq 2) Umar bin al-Khattab 3) Uthman bin Affan 4) Ali bin Abi Talib.
صحابت دان خليفة: صحابت اياله اورڠ يڠ برتمو نبي محمد ﷺ دالم کأداٴن برايمان کڤد بݢيندا دان منيڠݢل دنيا دالم اسلام. خليفة اياله اورڠ يڠ مڠݢنتيکن رسول الله ﷺ منتدبير نݢارا اسلام دان اوروسن اݢام. خلفاء الراشدين مڠيکوت اوروتن اياله ١) ابو بکر الصديق ٢) عمر بن الخطاب ٣) عثمان بن عفان ٤) علي بن ابي طالب.
- 2
Abu Bakar as-Siddiq
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah, daripada Bani Taim (Quraisy). Beliau digelar as-Siddiq kerana segera membenarkan apa yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ, termasuk peristiwa Israk dan Mikraj. Sebagai khalifah, beliau memerangi golongan murtad, nabi palsu dan orang yang enggan membayar zakat, serta mengumpulkan al-Quran atas cadangan Umar.
ابو بکر الصديق: نام سبنر بلياو اياله عبد الله بن ابي قحافة، درڤد بني تيم (قريش). بلياو دݢلر الصديق کران سݢرا ممبنرکن اڤ يڠ دسمڤايکن اوليه رسول الله ﷺ، ترماسوق ڤريستيوا اسراء دان معراج. سباݢاي خليفة، بلياو ممراڠي ݢولوڠن مرتد، نبي ڤلسو دان اورڠ يڠ اڠݢن ممباير زکاة، سرتا مڠومڤولکن القرءان اتس چادڠن عمر.
- 3
Umar al-Faruq
Umar bin al-Khattab daripada Bani 'Adi (Quraisy) digelar al-Faruq oleh Rasulullah ﷺ, iaitu pemisah antara yang hak dengan yang batil. Beliau memeluk Islam setelah tertarik dengan ayat al-Quran yang dibaca oleh adiknya, Fatimah. Sebagai khalifah, beliau menubuhkan Majlis Syura dan Baitulmal, memperkenalkan kalendar Hijrah, meluaskan Masjid Nabawi dan menyebarkan Islam ke Mesir, Rom dan Parsi.
عمر الفاروق: عمر بن الخطاب درڤد بني عدي (قريش) دݢلر الفاروق اوليه رسول الله ﷺ، ايايت ڤميسه انتارا يڠ حق دڠن يڠ باطل. بلياو مملوق اسلام ستله ترتاريق دڠن ايات القرءان يڠ دباچ اوليه اديقڽ، فاطمة. سباݢاي خليفة، بلياو منوبوهکن مجليس شورى دان بيت المال، ممڤرکنلکن کاليندر هجرة، ملواسکن مسجد النبوي دان مڽيبرکن اسلام کمصر، روم دان فارس.
- 4
Uthman Dzun Nurain
Uthman bin Affan daripada Bani Umayyah (Quraisy) digelar Dzun Nurain kerana berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah ﷺ, iaitu Ruqayyah dan kemudiannya Ummu Kulthum. Beliau saudagar kaya yang pemurah; dalam Perang Tabuk beliau menderma lebih 900 ekor unta, 60 ekor kuda dan 1000 dinar. Sebagai khalifah, beliau menyalin al-Quran dalam satu tulisan, iaitu Rasm Uthmani, memperbesar Masjid Nabawi dan menguatkan tentera darat dan laut.
عثمان ذو النورين: عثمان بن عفان درڤد بني امية (قريش) دݢلر ذو النورين کران برکهوين دڠن دوا اورڠ ڤوتري رسول الله ﷺ، ايايت رقية دان کمودينڽ ام کلثوم. بلياو ساوداݢر کاي يڠ ڤموره؛ دالم ڤراڠ تبوک بلياو مندرما لبيه ٩٠٠ ايکور اونتا، ٦٠ ايکور کودا دان ١٠٠٠ دينار. سباݢاي خليفة، بلياو مڽالين القرءان دالم ساتو توليسن، ايايت رسم عثماني، ممڤربسر مسجد النبوي دان منݢواتکن تنترا دارت دان لاوت.
- 5
Ali Abu Turab
Ali bin Abi Talib daripada Bani Hasyim (Quraisy) ialah orang pertama memeluk Islam dalam kalangan kanak-kanak, ketika berumur 10 tahun. Beliau berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah ﷺ, dan tidur di tempat tidur baginda pada malam baginda berhijrah. Gelaran Abu Turab diberi oleh Rasulullah ﷺ. Sebagai khalifah, beliau mengasaskan ilmu nahu bahasa Arab dan menubuhkan pasukan polis yang dinamakan asy-syurtah.
علي ابو تراب: علي بن ابي طالب درڤد بني هاشم (قريش) اياله اورڠ ڤرتام مملوق اسلام دالم کالڠن کانق٢، کتيک برعمور ١٠ تاهون. بلياو برکهوين دڠن فاطمة، ڤوتري رسول الله ﷺ، دان تيدور دتمڤت تيدور بݢيندا ڤد مالم بݢيندا برهجرة. ݢلرن ابو تراب دبري اوليه رسول الله ﷺ. سباݢاي خليفة، بلياو مڠاساسکن علمو نحو بهاس عرب دان منوبوهکن ڤاسوقن ڤوليس يڠ دنامکن الشرطة.
- 6
Tempoh pemerintahan
Abu Bakar memerintah selama 2 tahun 3 bulan, Umar 10 tahun 6 bulan, Uthman 12 tahun dan Ali 5 tahun. Uthman ialah khalifah yang paling lama memerintah.
تيمڤوه ڤمرينتهن: ابو بکر ممرينته سلاما ٢ تاهون ٣ بولن، عمر ١٠ تاهون ٦ بولن، عثمان ١٢ تاهون دان علي ٥ تاهون. عثمان اياله خليفة يڠ ڤاليڠ لام ممرينته.
Ingat! Abu Bakar dan Umar ialah bapa mertua Rasulullah ﷺ, manakala Uthman dan Ali ialah menantu baginda.
ايڠت! ابو بکر دان عمر اياله باڤ مرتوا رسول الله ﷺ، منکالا عثمان دان علي اياله منانتو بݢيندا.
📘 Nota Terperinci & Gambarajah
Buka ▾
Sahabat, khalifah dan Khulafa' ar-Rasyidinصحابت، خليفة دان خلفاء الراشدين
Sahabat ialah orang yang bertemu Nabi Muhammad ﷺ dalam keadaan beriman dan meninggal dunia dalam Islam. Khalifah pula ialah orang yang menggantikan Rasulullah ﷺ mentadbir negara Islam dan urusan agama.
صحابت اياله اورڠ يڠ برتمو نبي محمد ﷺ دالم کأداٴن برايمان دان منيڠݢل دنيا دالم اسلام. خليفة ڤولا اياله اورڠ يڠ مڠݢنتيکن رسول الله ﷺ منتدبير نݢارا اسلام دان اوروسن اݢام.Khulafa' ar-Rasyidin ialah gelaran bagi empat orang sahabat yang menjadi khalifah selepas Rasulullah ﷺ wafat. Mereka semua mempunyai pertalian keluarga dengan baginda.
خلفاء الراشدين اياله ݢلرن باݢي امڤت اورڠ صحابت يڠ منجادي خليفة سلڤس رسول الله ﷺ وفات. مريک سموا ممڤوڽاٴي ڤرتالين کلوارݢ دڠن بݢيندا.📊 Pertalian keluarga Khulafa' ar-Rasyidin dengan Rasulullah ﷺ
ڤرتالين کلوارݢ خلفاء الراشدين دڠن رسول الله ﷺ
✏️ Contoh Soalan
Soalan 1
اڤاکه مقصود صحابت نبي؟
Apakah maksud sahabat Nabi?
- A.Orang yang bertemu Nabi Muhammad SAW dalam keadaan beriman dan mati dalam Islamاورڠ يڠ برتمو نبي محمد ﷺ دالم کأداٴن برايمان دان ماتي دالم اسلام
- B.Orang yang hidup selepas zaman Nabi dan membaca kisah bagindaاورڠ يڠ هيدوڤ سلڤس زمان نبي دان ممباچ کيسه بݢيندا
- C.Sesiapa sahaja yang tinggal di Makkah pada zaman Nabiسسياڤ سهاج يڠ تيڠݢل د مکة ڤد زمان نبي
- D.Orang yang pernah bertemu Nabi walaupun tidak berimanاورڠ يڠ ڤرنه برتمو نبي والاوڤون تيدق برايمان
Lihat jawapan
Jawapan: Orang yang bertemu Nabi Muhammad SAW dalam keadaan beriman dan mati dalam Islamاورڠ يڠ برتمو نبي محمد ﷺ دالم کأداٴن برايمان دان ماتي دالم اسلام
Sahabat ialah orang yang bertemu Nabi Muhammad SAW dalam keadaan beriman kepada baginda dan meninggal dunia dalam Islam.
صحابت اياله اورڠ يڠ برتمو نبي محمد ﷺ دالم کأداٴن برايمان کڤد بݢيندا دان منيڠݢل دنيا دالم اسلام.