📜 Sirah Rasulullah • SRA JAIS Tahun 3
Rumah tangga Nabi Muhammad ﷺ
روم تڠݢ نبي محمد صلى الله عليه وسلم
Nota ringkas dan contoh soalan berjawapan
📖 Nota Ringkas
Rumah tangga Nabi Muhammad ﷺ dipenuhi kasih sayang. Baginda baik terhadap isteri, mertua, anak dan cucu.
رومه تڠݢ نبي محمد ﷺ دڤنوهي کاسيه سايڠ. بݢيندا باٴيق ترهادڤ ايستري، مرتوا، انق دان چوچو.
- 1
Berkahwin dengan Khadijah
Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 25 tahun. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan. Khadijah ialah contoh isteri yang setia ketika susah dan senang.
برکهوين دڠن خديجة: بݢيندا برکهوين دڠن خديجة کتيک برعمور ٢٥ تاهون. مريک دکورنياکن دوا اورڠ انق للاکي دان امڤت اورڠ انق ڤرمڤوان. خديجة اياله چونتوه ايستري يڠ ستيا کتيک سوسه دان سنڠ.
- 2
Hidup berkeluarga
Walaupun isteri baginda seorang hartawan, baginda hidup secara sederhana dan suka membantu fakir miskin. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sopan, serta suka bergurau senda dengan isteri, anak dan cucu.
هيدوڤ برکلوارݢ: والاوڤون ايستري بݢيندا سأورڠ هرتاون، بݢيندا هيدوڤ سچارا سدرهان دان سوک ممبنتو فقير ميسکين. بݢيندا برچاکڤ دڠن لمه لمبوت دان سوڤن، سرتا سوک برݢوراو سندا دڠن ايستري، انق دان چوچو.
- 3
Terhadap isteri
Baginda sabar terhadap isterinya dan sering membantu membuat kerja rumah. Baginda menampal kasut, menjahit baju sendiri dan pergi ke pasar membeli barang keperluan keluarga.
ترهادڤ ايستري: بݢيندا صبر ترهادڤ ايستريڽ دان سريڠ ممبنتو ممبوات کرجا رومه. بݢيندا منمڤل کاسوت، منجاهيت باجو سنديري دان ڤرݢي کڤاسر ممبلي بارڠ کڤرلوان کلوارݢ.
- 4
Isteri-isteri baginda
Isteri-isteri baginda ialah 1) Khadijah binti Khuwailid 2) Saudah binti Zam'ah 3) Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq 4) Hafsah binti Umar 5) Zainab binti Khuzaimah 6) Ummu Salamah (Hindun) 7) Zainab binti Jahsy 8) Juwairiyah binti al-Harith 9) Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan 10) Safiyyah binti Huyai 11) Maimunah binti al-Harith.
ايستري٢ بݢيندا: ايستري٢ بݢيندا اياله ١) خديجة بنت خويلد ٢) سودة بنت زمعة ٣) عائشة بنت ابو بکر الصديق ٤) حفصة بنت عمر ٥) زينب بنت خزيمة ٦) ام سلمة (هند) ٧) زينب بنت جحش ٨) جويرية بنت الحارث ٩) ام حبيبة رملة بنت ابي سفيان ١٠) صفية بنت حيي ١١) ميمونة بنت الحارث.
- 5
Terhadap mertua
Baginda menghormati mertuanya seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Baginda melayan mereka dengan baik, sopan dan penuh kemesraan, seperti seorang sahabat.
ترهادڤ مرتوا: بݢيندا مڠحرمتي مرتواڽ سڤرتي سيدنا ابو بکر دان سيدنا عمر. بݢيندا ملايان مريک دڠن باٴيق، سوڤن دان ڤنوه کمسراٴن، سڤرتي سأورڠ صحابت.
- 6
Anak dan cucu
Anak-anak baginda ialah 1) Qasim 2) Zainab 3) Ruqayyah 4) Ummu Kalthum 5) Fatimah 6) Abdullah 7) Ibrahim. Baginda menyambut Fatimah dengan mesra dan menyuruhnya duduk di sebelah kanan baginda. Baginda juga suka bermain dengan cucu-cucunya, antaranya Hasan, Husain dan Umamah.
انق دان چوچو: انق٢ بݢيندا اياله ١) قاسم ٢) زينب ٣) رقية ٤) ام کلثوم ٥) فاطمة ٦) عبد الله ٧) ابراهيم. بݢيندا مڽمبوت فاطمة دڠن مسرا دان مڽوروهڽ دودوق دسبله کانن بݢيندا. بݢيندا جوݢ سوک برماٴين دڠن چوچو٢ڽ، انتاراڽ حسن، حسين دان امامة.
Ingat! Isteri pertama Nabi Muhammad ﷺ ialah Khadijah binti Khuwailid.
ايڠت! ايستري ڤرتام نبي محمد ﷺ اياله خديجة بنت خويلد.
📘 Nota Terperinci & Gambarajah
Buka ▾
Berkahwin dengan Khadijahبرکهوين دڠن خديجة
Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 25 tahun. Rumah tangga baginda dipenuhi kasih sayang.
بݢيندا برکهوين دڠن خديجة کتيک برعمور ٢٥ تاهون. رومه تڠݢ بݢيندا دڤنوهي کاسيه سايڠ.Ketika itu, ramai lelaki Arab Quraisy suka merendahkan dan menghina isteri mereka. Baginda pula memuliakan isteri baginda.
کتيک ايت، راماي للاکي عرب قريش سوک مرندهکن دان مڠهينا ايستري مريک. بݢيندا ڤولا ممولياکن ايستري بݢيندا.📊 Baginda dan Khadijah
بݢيندا دان خديجة
Umur 25 tahun
عمور ٢٥ تاهونMembawa barang dagangan Khadijah ke Syamممباوا بارڠ داݢڠن خديجة ک شامUmur 25 tahun
عمور ٢٥ تاهونBerkahwin dengan Khadijahبرکهوين دڠن خديجة
✏️ Contoh Soalan
Soalan 1
ڤد عمور براڤاکه نبي محمد ﷺ برکهوين دڠن خديجة؟
Pada umur berapakah Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Khadijah?
- A.40 tahun٤٠ تاهون
- B.35 tahun٣٥ تاهون
- C.25 tahun٢٥ تاهون
- D.12 tahun١٢ تاهون
Lihat jawapan
Jawapan: 25 tahun٢٥ تاهون
Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 25 tahun. Rumah tangga baginda dipenuhi kasih sayang.
بݢيندا برکهوين دڠن خديجة کتيک برعمور ٢٥ تاهون. رومه تڠݢ بݢيندا دڤنوهي کاسيه سايڠ.
Soalan 2
سياڤاکه ايستري ڤرتام نبي محمد ﷺ؟
Siapakah isteri pertama Nabi Muhammad SAW?